Seorang gadis mesti melakukan apa yang perlu dilakukan oleh seorang gadis! Wanita muda ini dilihat cukup sempurna kerana memiliki semuanya! Dia begitu cantik seperti anak patung, namun kuat seperti singa betina.
Julia Vins yang berasal dari Engels, Rusia ini kelihatan sangat menawan, dengan mata yang cantik, kulitnya yang halus dan wajah yang rapuh seperti porselin.

Tetapi jangan tertipu dengan penampilan dan perwatakannya yang lemah lembut  kerana dia mempunyai tubuh yang kuat seperti singa betina.
Julia boleh melakukan angkatan seberat 400 pound. Dia mempunyai tiga rekod angkat berat dunia. Perkara ini telah menyebabkan dia menerima gelaran “Muscle Barbie.”
Gadis cantik berusia 18 tahun ini juga mempunyai lebih 23,000 pengikut di Instagram kerana penampilannya yang luar biasa.
sumber : erabaru