Tuesday, July 25, 2017

Filled Under:

Inilah Kuasa Tuhan… Seorang Pekerja Telah Menemui Sebuah Keranda Lama., Setelah Dibersihkan, Mereka Melihat Seorang Gadis Yang Telah Tertidur Selama 140 Tahun Dahulu…AMAT MENGEJUTKAN......

Inilah Kuasa Tuhan… Seorang Pekerja Telah Menemui Sebuah Keranda Lama., Setelah Dibersihkan, Mereka Melihat Seorang Gadis Yang Telah Tertidur Selama 140 Tahun Dahulu…

Mungkin kita akan terkejut apabila melihat peti mati ketika menggali tanah di sebuah rumah. Hal ini terjadi pada seorang pekerja bangunan di Amerika Syarikat ini.
Lelaki tersebut tanpa sengaja mencari sebuah “peti mati misteri” ketika sedang menggali tanah di sebuah rumah.
Peti mati itu mempunyai tingkap kaca saat tanah liat disingkirkan daripada permukaannya, dan dari dalam peti mati tersebut kelihatan seorang gadis terbaring sambil memegang sekuntum bunga.
Tubuh gadis itu masih nyaris utuh, membuat mereka yang melihatnya pun tercengang! Tapi siapakah gadis belia ini sebenarnya?
Agar dapat mencari keluarga si gadis dalam peti mati tersebut, para pekerja kemudian menyerahkan peti mati itu pada Garden of Innocence, yakni sebuah lembaga yang bertanggung jawab dalam kubur.
Seterusnya pihak Garden of Innocence terus mencari petunjuk dan ingin mengungkap misteri gadis tersebut.
Sampai pada akhirnya baru diketahui ternyata sebelum perumahan itu dibina, tanah itu sebenarnya merupakan tempat pemakaman umum, tapi peti mati gadis itu tidak dipindah, sehingga dapat dilupakan selamanya di sana.
Setelah memeriksa arkib tanah perkuburan berkaitan, baru diketahui ternyata gadis belia berusia dua tahun itu adalah Edith Howard Cook, yang meninggal dunia pada tahun 1876.
Selanjutnya mereka berjaya menghubungi cicit laki-laki bernama Peter Cook (82), dan menurut Peter Cook, Edith meninggal dunia kerana masalah / gangguan pemakanan kala itu, dan ia sangat berterima kasih atas bantuan pihak Garden of Innocence, sehingga ia dapat bertemu kembali Edith meski telah meninggal dunia lebih dari satu abad silam.
Bukan main gembira dan terkejutnya Peter ketika mengetahui hal itu, kerana ia tak pernah menyangka dapat bertemu lagi dengan Edith.
“Ini memberi saya peluang, untuk lebih mengenal keluarga saya.” Kata Peter gembira.
Setelah itu ia juga merancang menemui pihak pengelola Garden of Innocence, merancang upacara pengebumian untuk Edith, dan mencari tempat yang tenang agar Edith boleh tertidur abadi.
Pihak keluarga Edith tidak segan-segan mengeluarkan kos untuk membina peti mati baru baginya, mencari sebuah taman perkuburan yang indah dan tenang, dan mengadakan upacara pengebumian semula untuknya.
Selepas kisahnya tersebar luas, banyak orang yang datang sambil membawa bunga untuk memberi penghormatan kepada “Gadis Boneka” yang telah terlelap selama 140 tahun dalam tidur abadinya.
Dan Peter juga berjanji akan meluangkan masa setiap minggu untuk menjenguknya, untuk menebus penyesalan abadinya.
Setelah 140 tahun lamanya terlelap dalam kesepian, akhirnya gadis belia bernama Edith ini menemui keluarganya dan semoga gadis manis ini boleh pergi dengan tenang dalam kedamaian abadi




0 comments:

Post a Comment